Kelas Mahir Pertanian Pintar (Minggu 6 – Pemasangan Smart Watering Device)

1 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Februari 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu ke-6 iaitu Pemasangan Smart Watering Device. Guru mahir menerangkan mengenai pemasangan peralatan seperti Tube Dripper, Tube Pump, Tube Filter dan Tube Stopper. Selepas itu, guru mahir menerangkan cara menggunakan peralatan tersebut serta cara penyediaan set tube dan penerangan kedudukan layout modul. Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan penggunaan aplikasi Tuya Smart dalam bidang pertanian yang akan dijalankan.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali